Back To Halal News

Jan 07, 2025 7PM

Gerakan mohon Kelantan teliti semula pelaksanaan sijil halal

Gerakan memohon kerajaan Negeri mempertimbangkan kaedah pelaksanaan pemperolehan sijil halal di Kelantan.

 

Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam berkata, mereka telah menyuarakan pandangan agar kaedah pelaksanaan itu diteliti semula pada perjumpaan dengan Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Mohd Asri Mat Daud di pejabatnya pagi tadi.

 

Menurutnya, perjumpaan itu turut membincangkan cadangan Gerakan dalam pelaksanaan syarat memiliki sijil halal yang dikuatkuasakan di peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

 

"Ia termasuk meminta PBT tidak tergesa-gesa dengan tindakan pelaksanaan, sebaliknya membawa semula kegusaran dan pandangan orang ramai ke meja rundingan," katanya dalam kenyataan. 

 

Tambah Wendy, pihaknya juga menekankan agar ada klausa penangguhan kepada peniaga dalam mendapatkan SPHM bagi tujuan persediaan yang lebih baik.


 

Parti komponen Perikatan Nasional itu turut mencadangkan pengenalan skop kategori bagi jenis perniagaan.

 

“Ini bermaksud jenis perniagaan mempunyai klasifikasi halal tertentu dan bayaran perunding atau penyediaan premis akan berubah mengikut klasifikasi tersebut, dan tidak membebankan pengusaha dengan blanket policy,” katanya.

 

Sebelum ini, kerajaan Kelantan menetapkan tujuh kategori premis yang perlu mendapatkan SPHM bagi memperolehi Lesen Kekal Perniagaan di negeri berkenaan.

                                                                                                                                                  Syarat itu dikenakan bagi premis yang dikunjungi pelanggan Islam di daerah tersebut. Premis berkenaan terdiri daripada restoran, kiosk dan medan selera yang beroperasi dalam lapangan terbang, pasar raya serta kopitiam.


Wendy yang juga Ketua Penerangan Gerakan berkata, adalah mustahak bagi kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk memperluaskan dialog bersama yang berkepentingan dalam mencapai konsensus dan pelaksanaan yang lebih inklusif.


 

Pada masa sama, Exco Kerajaan Negeri, Mohd Asri Mat Daud memberi jaminan bahawa cadangan konstruktif yang dibawa delegasi Gerakan yang turut dihadiri pimpinan pusat Lee Boon Shian dan wakil Gerakan Kelantan Ong Khang Woon, akan dibawa kepada perhatian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

 

Asri juga menyatakan keprihatinan bahawa setiap pendekatan Kerajaan Negeri adalah berpaksikan rakyat. 

 

“Pengesahan Sijil Halal ini akan memberi kebaikan bersama, terutamanya dari seni penyediaan makanan dan minuman, kebersihan dan tatacara penyajian kepada pengguna,” katanya.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

22 Jan 2025

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:50

mosque
imsak

Imsak

06:05:00

fajr

Fajr

06:15:00

syuruk

Syuruk

07:25:00

dhuhr

Dhuhr

13:28:00

asr

Asr

16:50:00

maghrib

Maghrib

19:25:00

isha

Isha

20:38:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase